Monday, June 02, 2008

Langkawi Trip Day Two

Hari kedua di Langkawi kitorang plan jalan sekitar Pekan Kuah yelah shopping2.. :) Settle shopping awal2 senang sikit, nnt xde laa terkejar-kejar nak beli itu ini.. So pagi tu kitorang breakfast roti canai kat ngan area stadium.. sedap roti canainya..Lepas bfast terus p ke Idaman Suri. Idaman Suri ni mmg terkenal laa orang membeli barangan mcm Pyrex , Corning Ware , sudu n macam -macam lagi laa.. kiranya menjadi tempat kegemaran orang perempuan memperabihkan duit laa... hahhaa.. Kat situ aku hanya beli barang yg kakak ipar aku kirim beli sudu n senduk nasi.. untuk aku sendiri xde apa sangat laa sudu n garpu jer ada laaa...Tengah - tengah tgk barang2 kat idaman suri tu xde letrik laa plak.. so x syok laa tgk brg dalam gelap.. Yang sakan memborong makcik aku laa... hehee..

After that we all seme pegi Haji Ismail Group (HIG) plak.. Nak borong cokelat pulak. Langkawi ni mmg terkenal dengan coklat murah -murah. Tapi skang coklat kat sana pun dah naik harga. Dulu time aku study sana mmg murah la. Aku apa lagi borong sakan laa coklat kat sana. Untuk pengetahuan korang, bukan borong untuk diri sendiri pun, tp borong untuk org... Hehhee..

After HIG we all p Al Ikhsan plak, suami aku laa nak tgk kasut apa ntah, pastu kak eley n che amad nak beli sandal untuk imran tp x jumpa yang sesuai. Dulu igt lagi Al Ikhsan ni sebenarnya Duti Free Zone.Kat sini kemain lagi Zahraa jual minyak.. hehee.. yela abg -abg promoter tu kemain ske usik dia.. Zahraa ni jenis x takut orang pun.

Dah jam 3 lebih , perut pun dh berkeroncong.Yela, hanya beralaskan roti canai jer semata-mata, so kitorang pun p hjg jalan untuk mengisi perut yang dh macam -macam bunyi ni kuar. :) Pelagi pekena cendol ngan nasi goreng laa .. dah addict plak dengan dua jenis makanan ni. Selesai lunch , kitorang balik apartment untuk merehatkan diri yang dah penat pusing-pusing pekan Kuah ni.

Selepas Asar , kitorang teruskan lagi xtvt kitorang, iaitu p area Pantai Chenang pulak. Syok betul kat pantai chenang ni cantik pemandangan. Bila tgk laut rasa tenang aman damai jer.. ramai jugak pengunjung yang mandi manda. Ni first time Zahraa pergi ke tepi pantai. On the way p Pantai Chenang ni si kecik ni tido jer... sampai pantai pun tido lagi sampai kene kejut.. terpisat-pisat zahraa bila buka mata .. wahh.. nampak laut lepas.. Si imran plak seronok sungguh yelaa x sabar nak main n mandi laut. Zahra ku suruh ezal bawa dia main di gigi air.. Mak n makcik aku plak jenjalan.. hehe pastu mcm biasa laa mak aku ni jenis ramah tamah hehe disoal org pasal naik bot , jet ski , island hoping seme tu.. biasalah mak aku.. hehe fhm benar dh . : )

Tengok tu seronok sungguh kan imran, aku n kak eley dok lepak jer memerhati diorang seme. Zahraa pun habis basah suar dia terkene air laut. Si imran lagi laa x nak naik masih nak main n mandi laut lagi. Seronok btul tgk dedua si kecik tu main air. Abis mandi n posing-posing di pantai, hehhee posing2 tu biasa laa aku ngan kak eley laa .. kitorang p jalan -jalan pulak kat area kedai -kedai tepi jalan tu. Saja jejalan tgk barang -barang. Tgk decor kedai -kedai tu rasa mcam kat Bali pun ada.. hehe tp tau ke bali tu mcm mana? Pergi pun x pernah.. hahhaa..

Pulang dari Pantai Chenang, kitorang singgah di restoran "Kak Yah Kondo" untuk makan malam. Ala x jauh mana restoren ni depan Apartment Kondo Istana yang kitorang sewa jer. Time study dulu, aku ske sgt makan roti nan kat sini, sedap. Sini laa salah satu tempat lepak bebudak kolej dl. Oh ya lupa nak cerita, kitorang ada juga singgah jugak bekas Kolej Legenda yang pada satu masa dahulu tempat aku n kak eley menelaah untuk mendapatkan segulung diploma. Saja nak mengimbas kenangan zaman study dedulu. Sedih gak , kolej yang dl nampak segar n hidup jer kini alahai sedih laa.. bila tgk bangunan tutorial mcm x dijaga seme.. tempat lepak kitorang skang dh di tukar jadi gelanggang tennis.Lagipun Kolej Legenda sudah berpindah ke Mantin mesti prasarana untuk kolej ni lebih baik lg. What eva aku n kak eley sangat merindui zaman kolej di Kolej Legenda Langkawi.

No comments: