Monday, June 02, 2008

Langkawi Trip Day Three...


Cuaca hari ni cerah dan kitorang dh plan nak naik Cable Car n p melawat tempat-tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. So lepas breakfast we all trus bergerak ker Oriental Village dimana tempat nak naik Cable Car tu. Sampai di sana tgk ramai gak pengunjung, aku ske betul tgk satu rombongan pelajar memakai baju kuning katanya dr Gua Musang. Sekarang ni aku tgk mana -mana rombongan pelajar seme pakai baju sama, agaknya nak mengelakkan dr pelajar hilang kot. Bagus gak mcm tu. Kami tak bernasib baik pagi ni kerana tak boleh nak naik Cable Car sebab ada masalah teknikal. Dijangka Cable Car hanya boleh naik pada waktu petang tp x sure kul baper. So aku x puas hati aku n kak eley p tanya lagi sekali kat kaunter, hampa jawapan yang sama juga diberi oleh petugas disitu. Pastu aku n kak eley terserempak dengan seorang pakcik ni. Lagi kesian , nak tau sebab apa? Sebabnya pakcik tu datang Langkawi dari hari isnin lg , rupanya hari isnin dan selasa lepas, cable car x boleh dinaiki sebab hujan, rabu n khamis pun x boleh naik sebab cable car ditutup untuk servis pula. Sanggup pakcik tu tunggu smpai hari Jumaat,nak naik cable car, tp jumaat pagi masalah teknikal plak yang timbul. Menunggu jelaa pakcik tu.

Cuaca plak semakin panas terik. So taknak buang masa we all pun terus pergi ke Makam Mahsuri. Harga tiket untuk masuk ke Makam Mahsuri adalah RM5 seorang bagi dewasa. Selepas pintu masuk tu ada sekumpulan yang main gamelan, bukan main zahraa tgk org main gamelan. Dah menziarah makam we all pun melawat rumah -rumah yang ada kat situ. Dok kat bawah rumah mahsuri tu berangin jer, angin sepoi -sepoi rasa nak baring pun ada. Pastu aku bawa zahraa p telaga mahsuri n basuh muka zahraa yg dh melekit tu. Cuaca yang panas terik membuatkan kitorang membasahkan tekak dengan air kelapa muda. Pergh.. sejuk skit badan. So dh abis seme, kitorang masuk plak dalam muziam.. warghhhh.sejuknya.. yelaa kat luar cuaca hangat sungguh!!! rasa mcm nak tido pun ada dalam muzium ni. Dah abis pusing-pusing, kitorang pun bergerak ke Beras Terbakar plak kat Padang Matsirat.
Kat Beras terbakar ni ezal jaga zahraa ngan imran dalam van sebab budak kecik berdua ni tido. So kitorang p laa jenjalan. Kat sini aku beli air gamat, minyak gamat dan sabun gamat. Ni juga aku tlg belikan untuk orang jer. asyik beli untuk orang jer.. Ntah laa aku xde nak beli barang sgt pun, janji dpt berjalan itu dh cukup bagi aku. Aku pegi la jenguk tempat ada beras terbakar tu , rumah cantik n kawasan beras tu berpagar tp x nampak pun beras kat tanah tu. Aku cuma nampak beras kat dalam pinggan dalam kotak kaca tu jer ada aar.. Abis kat sini kitorang bergerak semula ke Cable Car. Semangat ni nak naik Cable car.

Alhamdulillah dr jauh dh nampak cable car bergerak, so meaning bleh naik laa cable car tu petang ni. Best nyer , ni kali kedua bagi aku n ezal nak naik cable car n first time bg yang lelain. Sure gayat ar naik cable car tu, tp tidak bg dua org ni. Sape lagi kalau bukan si kecik berdua tu zahraa n imran. diorang kecik lg apa tau.. hehhee.. Ramai gak org ptg tu so kitorang beratur laa.. aku ngeri gak nak naik yerlaa 6 dewasa dgn berat badan yg bleh tahan tu.. sampai aku tanya petugas kat situ baper beban yang boleh ditanggung oleh cable car tu. Petugas tu jawab 480kg, lg laa aku seram sib baik petugas tu kata jangan risau lg berat lg bagus.Lega skit dibuatnya. Perjalanan naik ke gunung mat chinchang dengan cable car tu adventures sungguh disertakan pemandangan yang indah. Seronok laa menghabiskan masa kat atas tu apa lg possing aar.. heheeh itu yang paling penting beb. Mak n makcik aku lagi dasat siap naik jambatan gantung tu.. Kitorang yang lain mmg tak naik jambatan tu yelaa memasing bawa anak kecik dh laa laluan ke jambatan tu mencabar. Yelaa tgh sihat n dah sampai ke sini mesti laa nak naik kan ... lenkali kalu ada peluang datang lg mungkin kesihatan tidak mengizinkan untuk naik jambatan tu ..betul tak? Nak tau tak, kemain lg mak n makcik aku siap jericho rosales amek lg gambar diorang. Agaknya rasa kagum kot dh tua -tua pun leh naik jambatan tu pastu berdua jer mn ada org lain teman diorang berdua tu. Tp tu laa syg, makcik aku lupa nak amek gambar ngan jericho tu plak.. hehehhe.. Dah puas kat atas tu kitorang pun bergerak turun lgpun dh petang sgt. Perjalanan turun lg mendebarkan sbb curam
Malam ni kitorang makan besar lak.. heheeh Ezal open table untuk siapa lagi kalau bukan untuk meraikan harijadi isteri dia yang tercinta..hehehe siapa lagi kalau bukan aku.. Abg, i love u... hhehe so kitorang pergi ke Restoren Nelayan . Restoren ni terletak dekat jalan nak p ke Bukit Malut. Pernah masuk jalan-jalan cari makan restoran ni. Nak tau macam mana aku tau mengenai restoren ni. Melalui internet laa iaitu di ruangan forum tentang langkawi di Cari.com. Banyak btul yang di order, antaranya ketam goreng bercili, ikan gerut bakar, ikan siakap 3 rasa, lala masak kicap, kailan ikan masin n sayur tauge. Berselera sungguh menikmati hidangan malam tu. Seme laju jer makan. Aku paling xleh lupa ketam goreng bercili siap ada telur tu. Aku suggestkan kepada sesapa yang p Langkawi tu jangan lupa singgah di Restoren Nelayan ni..makanan sedap dan harga pun berpatutan.Wah teringat-ingat dibuatnya ketam goreng bercili dengan telur tu... mabeles laa wei.

No comments: