Wednesday, February 11, 2009

Sheikh Fahim Rizqi




Untuk memenuhi permintaan ijan... ini dia gambar baby kak eley... comel banget..

Tuesday, November 11, 2008

Masa untuk bergumbira.....

erm tgk je laa gelagat 2 sepupu ni.. kemain lagi..Sorang cap kembang rambutnya, sorang cap mangkuk..ekekeke




Kemain lagi korang sakan main lompat -lompat yer atas katil moksu korang.. ishh ishh ishh.. anak -anak saper laa ni..

mmg sakan aar depa main lompat lompat ni...

Tuesday, November 04, 2008

Saujana Damai



27/9/08. Akhirnya sampai juga kami ke rumah Pau & Budin di Saujana Damai.. jenuh juga cari rumah mereka yela sbb tak pernah sampai ke sana lagi . Lgpun dr Klang tu yg rasa jauh jer... Yang telah menghadirkan diri pada hari itu ialah Pn Ayu dan suami, Puan Linda sekeluarga, Pn Eley hanya berdua dgn che man jer, Aku pun sekeluarga gak,Pn Anne dan suami dan akhir sekali tetamu paling lambat Pn Azam sekeluarga biasa laa "anak I tidor" hehehhee.


Hehehe ..ini laa juadah yang telah disediakan oleh Pau suami isteri untuk kitorang seme.. Ayam masak kicap,ikan goreng, Sup tulang,ulam-ulaman dan sambal belacan. hehe sorry laa gambo lambat amek..so tinggal lauk korek-korek jer... Sedap sungguh sup tulang Pn Pau ni. Nanti jangan lupa yer peturunkan resepi sup tulang dgn sambal belacan yg mabeles tu.

Posing santai, me n zahraa, kak eley n che man, Anne n Faiz. Good news Anne dah 2 months pregnants..Cayalaa ko faiz.. ekekeek..

Haa tu dia.... pau tgh mengopek mangga untuk santapan semua. Supplier mangaa sapa lagi kalau bukan aku.. hehehe..

Apa laa yang diskodeng tiga orang tu..

Bergambor depan rumah pulak.. malu pulak tuan rumah nyorok dok belakang jer..hehhee... Semoga tuan rumah menjadi Usahawan Kerepek yang berjaya.. Kalau ada sesiapa nak order kerepek ubi pedas dengan biasa bleh laa contact Pau n Budin k..

P/s: Maaf yer kengkawan yg tiada dalam gambar iaitu Pn.Linda n Pn Ayu sbb korang balik awal sgt laa x sempat nak snap gambo korang.. hehhee..

Tuesday, October 21, 2008

Open House

Alhamdulillah akhirnya open house yang dirancang berjalan dengan jayanya.. Terima kasih kepada kawan -kawan yang sudi menghadirkan diri.. Thanks a lot kepada kak eley yang membantu kami suami isteri. First time ni aku yang masak. Selalu import mak jer dari johor. menu ari tu rendang ayam, kuah kacang, satay goreng,nasi impit n air kegemaranku air sirap..hehe..
Pau suami isteri sedang menikmati hidangan. Che amad keletihan baru abis kursus.Kak eley n che man biasa aar kaki posing. Mak pau plak amek turn jaga cucu.. Zahraa tukang sibuk!!! hehehe

My mil n fil serta bro in law n wife dia n tak lupa si kecik eleysha sedang tunggang gajah merah.. Haa ni pulak geng sekolah rendah aku ain, nathan ,icun n limbok wif us.

Akhir sekali tetamu penutup open house kami hari tu ialah makcik leha sekeluarga.tu Atuk zainal aka atuk kesayangan zahraa tu.. manja sungguh zahraa ngan dia.. Makcik leha ni laa pengasuh zahraa..

Kepada kengkawan yg lain thanks a lot kerana sudi menghadirkan diri .Jangan serik yer nak datang lagi..

Mandi Manda -Pantai Chendor

Raya ke 5 tu kami beraya ke kuantan. Sempat laa p beraya ke kemaman umah keluarga che amad.. Sempat gak tu bawa zahraa mandi manda kat Pantai Chendor..Ini first time Zahraa mandi laut..Tgk laa tu seronok jer pasangan kecik ni mandi manda..

Kami ni tukang tgk je laa.. hehe tp tak bestnyer kat Pantai Chendor tu tgh musim obor-obor pulak. Tu yang mandi kene hati-hati.

My Notty Girl --Zahraa--




Wajah-wajah nakal Zahraa.. thanks to uncle farid for all the lovely pictures..

Tuesday, October 14, 2008

SALAM AIDILFITRI....--Rasa Raya Rasa Ceria--

14 Syawal, Kemeriahan berhari raya masih lagi terasa. Tahun ni kami 3 beranak berhari raya di Meru Klang terlebih dahulu. Kami tiga beranak pakai baju warna sedondon jer... hehe kira pg raya tu kitorang laa warna yg menyerlah di antara ahli keluarga yang lain.. hehe yelah apa taknya warnah merah beb! Macam biasa menu raya wajib bagi keluarga suami aku ialah rendang ayam and kuah kacang serta serunding. Setelah selesai solat raya,aktiviti wajib ialah kami semua berkumpul untuk bermaaf-maafan. Aku tak lupa untuk call mak n ayah di kampung untuk ucap selamat hari raya n minta maaf. Sedih la pulak time call ni, yelaa seme adik beradik aku tak balik pd hari pertama tu. So mak n ayah aku beraya berdua dulu laa tahun ni. Raya kali ni, fil aku ajak pulang beraya ke kg untuk menziarah adik beradik n saudara mara yang lain. So raya pertama ni kitorang seme beraya ke perak sebelah fil n sempat gak singgah beraya rumah akak aku kat Tapah nun.Tapi kitorang just balik hari jer.

Petang raya kedua, kami 3 beranak bergerak balik ke jhr plak untuk beraya bersama keluarga aku pula. Sampai sana dah maghrib so malam tu we all just lepak jer. Esoknya plak Makcik aku n keluarga datang beraya dari JB. Penuh rumah mak aku tu. Sebelum depa sampai tu, kami bertiga beraya ke rumah ezma pula. Petang tu pula, abg long aku sekeluarga sampai, lagi laa ramai orang kat rumah mak aku tu. Mak aku ni yang special sgt dianya masakan aar. Perghhh.. Sedap!! . .


Menu wajib umah mak aku ni kalo hari raya Sup Kaki Lembu.. hehe sedap.. tp jenuh nak mengerjakan kaki lembu ni. Penah dulu, mak aku dpt 15 batang kaki lembu, ada yang orang bagi n ada yg beli tp mostly org bagi. So thn ni sempat laa aku beraya ke rumah sedara mara n kengkawan di kg tu. Mana yang aku tak sempat beraya tu banyak-banyak minta maaf yer.Thn depan insyaallah kalo ada rezeki kita beraya lg yer.

Thursday, September 25, 2008

BUKA PUASA - INTEKMA RESORT



Ouchhh.. lama sungguh tak update blog ni... ntah la bz sgt2 agaknya.. Finally pd 14hb sept 08, dapat gak kitorang berkumpul untuk berbuka puasa sesama.. tempat yang dipersetujui ialah INTEKMA RESORT.. lokasi dipilih setelah mempertimbangkan beberapa berkara iaitu dr segi kelapangan VVIP ,budget dan kesulitan Datin Sri Eley utk p tempat yg lebih jauh disebabkan Dato Seri Che Amad baru saja tiba dr Kemaman ptg ahad tu.



VVIP yang sudi menghadirkan diri pada petang itu ialah Tan Sri Ejam & Pn Sri Engku Azam serta baby danish, Dato Seri Che Amad & Datin Sri Eley serta che man, Dato Seri Budin & Datin Seri Pau dan juga Dato Eyzall & Datin Emi serta baby Zahraa.. VVIP yang tidak dapat menghadirkan diri pula pasangan ahli korporat yang berjaya iaitu Tan Sri Hafiz & Pn Sri Hayu kerana terikat dengan komitmen lain.. hehe.. jgn mare yer kengkawan, emi bg seme title.. hehee..
Ok, komen untuk buffet intekma ni.. erm.. makanan sedap n seme sepakat kata murtabak n kuey teow dia sedap.. tp tu laa hari tu yg dalam dewan tu mmg crowded aar..adalah yg x best gak..sbb xde org jaga kat tempat makanan tu.so messy skit laa area tu.. Ingat nak book tepi pool tp dh penuh lg pun pk punyer pk, tak secure la untuk budak-budak kecik ni.. haa.. malam tu paling aktif baby Danish laa.. huru hara dibuatnya Tan Sri Ejam & Pn Sri Engku Azam mengejar n melayan baby Danish.. Sib baik Che Man n Baby Zahraa masih dalam keadaan terkawal.. hehee.. Bonus utk pasangan Dato Seri Budin & Datin Seri Pau yg xyah pening nak handle baby sbb masih berdua lagi kira masih honeymoon lagi..hehhee.. Ucapan "Usaha Tangga Kejayaan" dihadiahkan untuk pasangan ini.. Chayok!! chayok!! Yang best malam tu budak bertiga tu laa dapat duit raya aar..awal2 lagi Uncle Budin n Auntie Pau depa dh bagi duit raya .. Terima kasih auntie & uncle tahun depan nak lg yer...hehehe..


Tepat jam 9.00 pm kitorang pun bersurai.. on the way nak p kat tempat parking tu Datin Sri Eley ternampak DJ Era Kiran ..ermm..ada hati tu nak p bergambor sama.. hehehe..tp x dilayan..Oh, bukan Kiran x layan ekh tp si suami aar x layan kak eley nyer kehendak nak bergambor tu.. hahaha... Xper Kak ELey lenkali kalu terserempak lg kita amek gambo yer... Hopefully next year dapat arrange gathering berbuka puasa sama-sama lagi yer.. Adios.. enjoy the pics ok fren..

Opps lupa plak.. lg 5 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. di kesempatan ini saya serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Serta Maaf Zahir Dan Batin kepada rakan-rakan semua tidak kira di mana jua anda berada.. semoga ramadan serta syawal membawa rahmat kepada kita semua..SALAM..

Wednesday, July 16, 2008

Zahraa's 1st Birtday Bash













First of all, thank's a lot to all my dear fren yang sudi menghadirkan diri ke Zahraa's 1st Birthday Bash yang bertemakan hijau putih. Hehhe..mcm x caya tu siap tema lagi.Enjoy the pictures dulu yer.. nanti-nanti emi update ok