Tuesday, October 14, 2008

SALAM AIDILFITRI....--Rasa Raya Rasa Ceria--

14 Syawal, Kemeriahan berhari raya masih lagi terasa. Tahun ni kami 3 beranak berhari raya di Meru Klang terlebih dahulu. Kami tiga beranak pakai baju warna sedondon jer... hehe kira pg raya tu kitorang laa warna yg menyerlah di antara ahli keluarga yang lain.. hehe yelah apa taknya warnah merah beb! Macam biasa menu raya wajib bagi keluarga suami aku ialah rendang ayam and kuah kacang serta serunding. Setelah selesai solat raya,aktiviti wajib ialah kami semua berkumpul untuk bermaaf-maafan. Aku tak lupa untuk call mak n ayah di kampung untuk ucap selamat hari raya n minta maaf. Sedih la pulak time call ni, yelaa seme adik beradik aku tak balik pd hari pertama tu. So mak n ayah aku beraya berdua dulu laa tahun ni. Raya kali ni, fil aku ajak pulang beraya ke kg untuk menziarah adik beradik n saudara mara yang lain. So raya pertama ni kitorang seme beraya ke perak sebelah fil n sempat gak singgah beraya rumah akak aku kat Tapah nun.Tapi kitorang just balik hari jer.

Petang raya kedua, kami 3 beranak bergerak balik ke jhr plak untuk beraya bersama keluarga aku pula. Sampai sana dah maghrib so malam tu we all just lepak jer. Esoknya plak Makcik aku n keluarga datang beraya dari JB. Penuh rumah mak aku tu. Sebelum depa sampai tu, kami bertiga beraya ke rumah ezma pula. Petang tu pula, abg long aku sekeluarga sampai, lagi laa ramai orang kat rumah mak aku tu. Mak aku ni yang special sgt dianya masakan aar. Perghhh.. Sedap!! . .


Menu wajib umah mak aku ni kalo hari raya Sup Kaki Lembu.. hehe sedap.. tp jenuh nak mengerjakan kaki lembu ni. Penah dulu, mak aku dpt 15 batang kaki lembu, ada yang orang bagi n ada yg beli tp mostly org bagi. So thn ni sempat laa aku beraya ke rumah sedara mara n kengkawan di kg tu. Mana yang aku tak sempat beraya tu banyak-banyak minta maaf yer.Thn depan insyaallah kalo ada rezeki kita beraya lg yer.

No comments: