Wednesday, June 18, 2008

Model Kecil Ku... :)

Hi uols... ada gaya model x?.. :) Tq very much untuk auntie Pah yang menaja baju zahraa yang cantik ni yer.. tq so muc..

Hahaha.. Seronokkan bila uols ada baby girl. Sure suka pakaikan baby uols ngan baju cantik2. Yela lagipun pilihan baju untuk girls pun banyak.. Aku ske btul gayakan fashion utk anak aku sorang ni. Tp biar ringkas dan dia selesa.Ala kecik -kecik macam ni laa nak gayakan diorang. Dah besar nanti sure pandai bergaya sendiri nyer.

Ada Untuk Mu ... Nubhan Cayalah!!!!


Lagu yang kuharapkan dikhaskan kepadaku dari suami tersayang... hahaa.. abg apa lagi kalo baca blog ni faham2 laa yer... ekeke..


Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih

Kalau itu yang kau mahu dari ku

Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu

Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua

Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Lirik:ZETI AKMAR
Lagu:ABIE ABDULLAH
note: kredit gamabr untuk mr manager .. http://mrmanager.blogspot.com

Thursday, June 12, 2008

Terkenang.....ALAMAK!!!!!

Semalam sedang aku berjalan menuju ke pasar malam Taman Maluri dari jauh aku lihat tersergam indah KLCC tiba-tiba aku terus terfikir. Dulu time aku lom kerja lg masih di zaman persekolahan bukan kemain nak sgt dtg ke KL ni. Selalu bermain dalam berfikiran aku, bangganya kalau dpt p KL. Yelaa KL beb, org kg mcm aku ni sure laa pk org KL ni kaya-kaya seme dan KL kan ibu negara Malaysia banyak benar pembangunan kat KL tu. Dalam drama-drama kat tv tu byk plak tunjuk tempat yang best best kat KL ni. Itu yang menambahkan lagi keterujaan aku ngan Kota KL ni.

Tapi setelah aku dewasa dan bekerja di ibu kota KL ni. xde laa segah mana pun dok KL ni. Perit ada laa.. ngan kos sara hidup yang semakin meninggi ni. Dulu time kecik-kecik beria -ia benar kalo citer tentang KL sekarang hapah pun xda. KLCC yang xde laa jauh mana pun dari umah aku tu pun jarang aku p. Hehhee lain laa zaman bujang dl ada gak jejak kat KLCC tu weekend hehe bukan per jumpa kengkawan tgk wayang n paling aku ske tengok ialah gelagat manusia kat KLCC tu. Macam-macam ragam.

Hari ni plak ada citer menarik.. hahhaa menarik ker or kitorang yang kena tarik... td time kat kaunter nak byr lunch adalah nampak kakak ni .. kitorang yg murah ngan senyuman ni pun senyum-senyum manis aar kan ngan kakak tu. Lepas kitorang blah tengah borak-borak n gelak gelak sambil jalan tu tetiba dgr ada org panggil plak. so toleh aar belakang. Nampak akak tadi,aku igt ada barang aku or kak elis ke tercicir sampai dia panggil kitorang tu. Pastu tetiba jer akak tu kata "sorry aar kejar u all", pastu kuarkan brochure dr beg dia. Aku ngan kak elis dah berbalas pandang dalam hati aku plak "ALAMAK". Rupa-rupanya akak tu agen unit trust. Terperangkap laa aku ngan kak elis. Akak agent tu sempat mintak no.phone kitorang. Lepas bagi no phone kitorang blah.Sib baik sekejap jer. So moralnya lenkali korang ni jangan suke-suke senyum manis ngan orang tau.. cuba senyum -senyum sumbing ke or senyum-senyum kambing ker... ahahhaa.. xde laa org nak kejar kejar...Hehhee esok kalo no phone akak agent tu timbul kat phone aku ni tau laa apa aku nak buat.. hahahahaa.. kalau korang tau cuba la tekaa? :)

Tuesday, June 10, 2008

Pagi Yang Gelap...

Pagi yang gelap... tajuk lagu Hujan kan? Yer hari ni Subuh lagi dah hujan... warghhhhh.. sejuk bangat nak mandi pun rasa malas.. Alhamdulillah gak laa cuaca macam ni.. kelmarin panas sungguh sampai nak tido malam pun rasa rimas.. Tapi kengkawan igtlah "Panas lagi di sana nanti".. Itulah ayat yang kawan-kawan aku suke sangat sebut time study dulu bila kitorang asik merungut pasal cuaca panas ni..

Cuaca sejuk-sejuk macam ni plak buat aku rasa x sihat.. dah selsema dah ni... ni yang boring ni.. bukan apa.. nnt bleh melarat kene semput aku tu pulak. Tak best kan? Dah laa kak ofis ni dah ramai yang terkene virus.. Kak elis lg laa sampai skang lom pulih 100%. Virus-virus byk sungguh kat ofis ni.. salah satu punca carpet kat ofis ni pun x bersih mana. Dah lama benar tak cuci carpet ofis ni.

Ok laa aku xleh lama ni nak bergerak ker Nilai setelah 2 kali aku cancel nak p sana... Ok kengkawan jangan lupa baca coretan ku di laman blog ini.

Friday, June 06, 2008

Hari ni hari Jumaat..

Hurmmm... hari ni hari Jumaat... sepatutnya aku p kilang kat Nilai ari ni. tp disebabkan sakit perut n asik memerut jer so aku cancel la. Time lunch td sakan betul aku n kengkawan berborak. Yela, Kak az laa yg membuka cerita nak belajar silat laa. Silat cekak laa ,silat sendeng aar tp satu aar nak belajar silat ni kene laa sungguh-sungguh. Pastu bersambung plak mengenai kisah -kisah filem hantu seram dari Indon laa.. Yang tak tahan tu kak hana laa sibuk cerita "hantu penangkal telur" laa. Tapi mmg betul pun zaman aku sekolah rendah dl mmg byk cerita -cerita seram dari indon yang disiarkan kat TV tu. Contoh macam Sundal Bolong laaa, Dukun Lintah dan banyak lg laa.Memang takut laa bila tgk citer -citer tu seme.

Lepas bercerita pasal filem hantu ni masuk plak ke kisah judi. Korang seme sure kecik -kecik dulu beli tikam -tikam kat kedai tu kan. Ala yang beli jajan pastu dapat cincin laa apa laa hadiah yang kecik -kecik tu. Tu laa time tu mmg sakan laa beli bende -bende tu seme hanya untuk dptkan barang yg diinginkan..balik umah duit abis sure kene marah ngan mak n ayahnya. Hehehe kecik -kecik lg dh pandai berjudi kan. Tapi mmg betul zaman kanak-kanak, zaman yang paling menyeronokkan seme permainan bermusim kat kg aku tu. Kalo tgh musim layang-layang , tak kira laki ke pompuan seme main lelayang termasuklah aku. Pastu kalo musim gasing, haaa bergasing aar seme. Kalo musim memancing, memancing laa kat area jeram tu. Kalo tiba musim main baling selipar haa tu laa kat halaman rumah jiran laa kitorang main beramai-ramai. Pastu pegi mandi sungai ramai-ramai time musim durian. Bestnyer bila dikenang zaman kanak-kanak.

Macam -macam aar dl tp mmg menyeronokkan sebab aktiviti dilakukan ramai-ramai. Tak macam budak -budak sekarang ni diorang x merasa tu seme. Yelaa sekang dok rumah main ps2 layan internet tak pun layan astro tgk Geng Bas Sekolah laa n mcm -mcm lg program. Tu seme dulu mana ada. Lagipun mak bapak skang pun x bg sgt anak diorang kuar sgt yelaa byk sgt kes-kes penculikan sana sini. Bahaya tu.

Agaknya mcm mana pula zaman kanak-kanak untuk sikecik kesayanganku sorang ni yer? Ada ke se adventurous mama n baba dia? :)

Thursday, June 05, 2008

RM2.70... percaya tak?

Percaya atau tidak hari ini 5 jun 2006 harga petrol di Malaysia sudah naik sebanyak 78 sen iaitu dr RM1.92 kepada RM2.70. Ramai sungguh yang mengeluh apabila harga petrol naik. Yela bila harga petrol naik kebanyakan harga barang pun akan naik. Sib baik ezal p keje naik motor. Nampaknya makin jarang laa aku nak balik kg kat johor tu... Sian aku kan. Bila semua harga barang naik , terpaksa laa berbelanja dengan sebaik mungkin. Yelaa nak menampung kos kehidupan kat bandar yang semakin tinggi ni. Ntah - ntah ramai yang dok bandar ni buat keputusan balik kg menoreh getah jer lg baik..hehhee yelaa harga getah pun tinggi gak. Dengar-dengar menoreh pun leh dpt ribu-ribu sebulan. Pastu xyah pk nak sewa umah ke apa seme. Tu bagi orang-orang yg ada kebun getah laa...

Boleh ker nak survive kat bandar besar KL ni kalau pendapatan seisi rumah RM3000? Pikir-pikirkan laa yer kawan -kawan.

Tuesday, June 03, 2008

Langkawi Trip ..Hari Terakhir..


Hari ni merupakan hari terakhir kitorang berada di Langkawi. So pagi ni selepas bfast kitorang jenjalan kat area Kuah untuk shopping buat kali terakhir. Selepas shopping,terus pulang ker apartment kitorang berkemas-kemas untuk check out.. hahaha seme beg padat dengan barang-barang yang dibeli especially penuh dengan coklat aar. Lepas Zuhur kitorang check out dan bergerak ke hjg jalan untuk mengisi perut n pekena cendol untuk kali terakhir.Mak n makcik plak makan lauk gulai ayam kg...pergh sedap sampai makcik asik teringat-ingat gulai ayam tu. Setelah kekenyangan kitorang bergerak ker restoren fish farm. Bukan untuk makan lagi yaa tp sekadar untuk memotretkan gambar di jambatan menuju ke Kelong tersebut. Hahhaa.. kat sini pekerja restoren tu dah menunggu ye ye jer igtkan kitorang nak makan di restoren tersebut. Padahal hanya sekadar nak bergambar jer.. ekeke.. Imran lg laa siap membuang kat situ..hehehe.. Terukkan kitorang ni..

Seterusnya kitorang meneruskan perjalanan menuju ke Telaga Air Hangat. Sampai di sana setengah dari kawasan Telaga Air Hangat tersebut masih dalam pembinaaan. Agaknya ingin memperbaiki dan menambah prasarana di sekitar kawsan tersebut. Dengar-dengar hendak membuat kolam mandi air hangat bagi pengunjung. Disana sempat laa kitorang merendam kaki dengan air hangat dr telaga tersebut. Lega jer rasanya yelaa setelah penat berjalan akhirnya dpt gak rendam kaki dengan air hangat. Si kecik, Imran pun rendam gak kaki dia. Setelah puas merendam kaki , kitorang pun bergerak ke Tanjung Rhu.

Tanjung Rhu ni pemandangan mmg cantik aar. Dulu time study, Erra Fazira buat pengambaran iklan sabun Lux kat sini. Ramai gak budak lelaki kolej yang yg turut berlakon dalam iklan tu. Cuaca mmg tengah terik time tu, tp gagahkan diri gak untuk posing-posing kat situ.. hehehe.. giler posing kan kitorang ni.. hahhaaa... Yelaa cantik per pemandangan kat situ.. pantai bersih n putih jer pasirnya..Dan abis sakan berposing kat situ, kitorang terus bergerak pergi ke awana plak.

Awana Porto Malai, merupakan sebuah hotel yang terkenal di Langkawi. Aku n kak eley pernah buat part time di sini time belajar waktu tu tgh musim LIMA. Pengalaman kerja part time kat sini seronok. Aku n pie jaga bahagian Ice Cream. Kak eley n ijan plak bahagian kitchen. Kiranya pengalaman kat sini , pengalaman berharga bagi aku. Selain pemandangan yang cantik di awana ni , tu yang buat kitorang datang untuk apa lg.. hehhee untuk possing2 aar... Masa tidak mengizinkan untuk kitorang berlama-lama di awana sebab flight kitorang kul 8.15. So bergegas pergi ke Airport untuk check in.

Sampai Airport,terus check in.Yang bertugas kat kaunter Air Asia tu juga kawan kolej gak si ida. Dia tu sekelas ngan kak eley. sempat aar bertanya khabar. Then memasing terus mandikan anak-anak n tukar baju seme.So dok lepak laa kat situ sampai masa nak berlepas sempat laa kitorang minum2 n sempat laa si kecik berdua tu bermain -main kat balai berlepas tu. Si imran sibuk ngan batunya yang zahraa plak sesuka hati p tegur orang-orang yang dok menunggu tu gak. Huh siap bergambo lg tu dengan sorang anak india ni. Flight kitorang delay gak laa tp 15 minit jer. So tepat kul 8.30 kitorang pun meninggalkan Pulau Langkawi penuh dengan kenangan manis. Bila lagi agaknya akan ku jejakkan kaki di Pulau Langkawi ini. Yang pasti akan teringat cendol n nasi goreng lazat hujung jalan dan ketam bercili Restoren Nelayan..Hahhaa makanaan jer yg wat aku teringat-igt.. Sedap Wei..

Monday, June 02, 2008

Langkawi Trip Day Three...


Cuaca hari ni cerah dan kitorang dh plan nak naik Cable Car n p melawat tempat-tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. So lepas breakfast we all trus bergerak ker Oriental Village dimana tempat nak naik Cable Car tu. Sampai di sana tgk ramai gak pengunjung, aku ske betul tgk satu rombongan pelajar memakai baju kuning katanya dr Gua Musang. Sekarang ni aku tgk mana -mana rombongan pelajar seme pakai baju sama, agaknya nak mengelakkan dr pelajar hilang kot. Bagus gak mcm tu. Kami tak bernasib baik pagi ni kerana tak boleh nak naik Cable Car sebab ada masalah teknikal. Dijangka Cable Car hanya boleh naik pada waktu petang tp x sure kul baper. So aku x puas hati aku n kak eley p tanya lagi sekali kat kaunter, hampa jawapan yang sama juga diberi oleh petugas disitu. Pastu aku n kak eley terserempak dengan seorang pakcik ni. Lagi kesian , nak tau sebab apa? Sebabnya pakcik tu datang Langkawi dari hari isnin lg , rupanya hari isnin dan selasa lepas, cable car x boleh dinaiki sebab hujan, rabu n khamis pun x boleh naik sebab cable car ditutup untuk servis pula. Sanggup pakcik tu tunggu smpai hari Jumaat,nak naik cable car, tp jumaat pagi masalah teknikal plak yang timbul. Menunggu jelaa pakcik tu.

Cuaca plak semakin panas terik. So taknak buang masa we all pun terus pergi ke Makam Mahsuri. Harga tiket untuk masuk ke Makam Mahsuri adalah RM5 seorang bagi dewasa. Selepas pintu masuk tu ada sekumpulan yang main gamelan, bukan main zahraa tgk org main gamelan. Dah menziarah makam we all pun melawat rumah -rumah yang ada kat situ. Dok kat bawah rumah mahsuri tu berangin jer, angin sepoi -sepoi rasa nak baring pun ada. Pastu aku bawa zahraa p telaga mahsuri n basuh muka zahraa yg dh melekit tu. Cuaca yang panas terik membuatkan kitorang membasahkan tekak dengan air kelapa muda. Pergh.. sejuk skit badan. So dh abis seme, kitorang masuk plak dalam muziam.. warghhhh.sejuknya.. yelaa kat luar cuaca hangat sungguh!!! rasa mcm nak tido pun ada dalam muzium ni. Dah abis pusing-pusing, kitorang pun bergerak ke Beras Terbakar plak kat Padang Matsirat.
Kat Beras terbakar ni ezal jaga zahraa ngan imran dalam van sebab budak kecik berdua ni tido. So kitorang p laa jenjalan. Kat sini aku beli air gamat, minyak gamat dan sabun gamat. Ni juga aku tlg belikan untuk orang jer. asyik beli untuk orang jer.. Ntah laa aku xde nak beli barang sgt pun, janji dpt berjalan itu dh cukup bagi aku. Aku pegi la jenguk tempat ada beras terbakar tu , rumah cantik n kawasan beras tu berpagar tp x nampak pun beras kat tanah tu. Aku cuma nampak beras kat dalam pinggan dalam kotak kaca tu jer ada aar.. Abis kat sini kitorang bergerak semula ke Cable Car. Semangat ni nak naik Cable car.

Alhamdulillah dr jauh dh nampak cable car bergerak, so meaning bleh naik laa cable car tu petang ni. Best nyer , ni kali kedua bagi aku n ezal nak naik cable car n first time bg yang lelain. Sure gayat ar naik cable car tu, tp tidak bg dua org ni. Sape lagi kalau bukan si kecik berdua tu zahraa n imran. diorang kecik lg apa tau.. hehhee.. Ramai gak org ptg tu so kitorang beratur laa.. aku ngeri gak nak naik yerlaa 6 dewasa dgn berat badan yg bleh tahan tu.. sampai aku tanya petugas kat situ baper beban yang boleh ditanggung oleh cable car tu. Petugas tu jawab 480kg, lg laa aku seram sib baik petugas tu kata jangan risau lg berat lg bagus.Lega skit dibuatnya. Perjalanan naik ke gunung mat chinchang dengan cable car tu adventures sungguh disertakan pemandangan yang indah. Seronok laa menghabiskan masa kat atas tu apa lg possing aar.. heheeh itu yang paling penting beb. Mak n makcik aku lagi dasat siap naik jambatan gantung tu.. Kitorang yang lain mmg tak naik jambatan tu yelaa memasing bawa anak kecik dh laa laluan ke jambatan tu mencabar. Yelaa tgh sihat n dah sampai ke sini mesti laa nak naik kan ... lenkali kalu ada peluang datang lg mungkin kesihatan tidak mengizinkan untuk naik jambatan tu ..betul tak? Nak tau tak, kemain lg mak n makcik aku siap jericho rosales amek lg gambar diorang. Agaknya rasa kagum kot dh tua -tua pun leh naik jambatan tu pastu berdua jer mn ada org lain teman diorang berdua tu. Tp tu laa syg, makcik aku lupa nak amek gambar ngan jericho tu plak.. hehehhe.. Dah puas kat atas tu kitorang pun bergerak turun lgpun dh petang sgt. Perjalanan turun lg mendebarkan sbb curam
Malam ni kitorang makan besar lak.. heheeh Ezal open table untuk siapa lagi kalau bukan untuk meraikan harijadi isteri dia yang tercinta..hehehe siapa lagi kalau bukan aku.. Abg, i love u... hhehe so kitorang pergi ke Restoren Nelayan . Restoren ni terletak dekat jalan nak p ke Bukit Malut. Pernah masuk jalan-jalan cari makan restoran ni. Nak tau macam mana aku tau mengenai restoren ni. Melalui internet laa iaitu di ruangan forum tentang langkawi di Cari.com. Banyak btul yang di order, antaranya ketam goreng bercili, ikan gerut bakar, ikan siakap 3 rasa, lala masak kicap, kailan ikan masin n sayur tauge. Berselera sungguh menikmati hidangan malam tu. Seme laju jer makan. Aku paling xleh lupa ketam goreng bercili siap ada telur tu. Aku suggestkan kepada sesapa yang p Langkawi tu jangan lupa singgah di Restoren Nelayan ni..makanan sedap dan harga pun berpatutan.Wah teringat-ingat dibuatnya ketam goreng bercili dengan telur tu... mabeles laa wei.

Langkawi Trip Day Two

Hari kedua di Langkawi kitorang plan jalan sekitar Pekan Kuah yelah shopping2.. :) Settle shopping awal2 senang sikit, nnt xde laa terkejar-kejar nak beli itu ini.. So pagi tu kitorang breakfast roti canai kat ngan area stadium.. sedap roti canainya..Lepas bfast terus p ke Idaman Suri. Idaman Suri ni mmg terkenal laa orang membeli barangan mcm Pyrex , Corning Ware , sudu n macam -macam lagi laa.. kiranya menjadi tempat kegemaran orang perempuan memperabihkan duit laa... hahhaa.. Kat situ aku hanya beli barang yg kakak ipar aku kirim beli sudu n senduk nasi.. untuk aku sendiri xde apa sangat laa sudu n garpu jer ada laaa...Tengah - tengah tgk barang2 kat idaman suri tu xde letrik laa plak.. so x syok laa tgk brg dalam gelap.. Yang sakan memborong makcik aku laa... hehee..

After that we all seme pegi Haji Ismail Group (HIG) plak.. Nak borong cokelat pulak. Langkawi ni mmg terkenal dengan coklat murah -murah. Tapi skang coklat kat sana pun dah naik harga. Dulu time aku study sana mmg murah la. Aku apa lagi borong sakan laa coklat kat sana. Untuk pengetahuan korang, bukan borong untuk diri sendiri pun, tp borong untuk org... Hehhee..

After HIG we all p Al Ikhsan plak, suami aku laa nak tgk kasut apa ntah, pastu kak eley n che amad nak beli sandal untuk imran tp x jumpa yang sesuai. Dulu igt lagi Al Ikhsan ni sebenarnya Duti Free Zone.Kat sini kemain lagi Zahraa jual minyak.. hehee.. yela abg -abg promoter tu kemain ske usik dia.. Zahraa ni jenis x takut orang pun.

Dah jam 3 lebih , perut pun dh berkeroncong.Yela, hanya beralaskan roti canai jer semata-mata, so kitorang pun p hjg jalan untuk mengisi perut yang dh macam -macam bunyi ni kuar. :) Pelagi pekena cendol ngan nasi goreng laa .. dah addict plak dengan dua jenis makanan ni. Selesai lunch , kitorang balik apartment untuk merehatkan diri yang dah penat pusing-pusing pekan Kuah ni.

Selepas Asar , kitorang teruskan lagi xtvt kitorang, iaitu p area Pantai Chenang pulak. Syok betul kat pantai chenang ni cantik pemandangan. Bila tgk laut rasa tenang aman damai jer.. ramai jugak pengunjung yang mandi manda. Ni first time Zahraa pergi ke tepi pantai. On the way p Pantai Chenang ni si kecik ni tido jer... sampai pantai pun tido lagi sampai kene kejut.. terpisat-pisat zahraa bila buka mata .. wahh.. nampak laut lepas.. Si imran plak seronok sungguh yelaa x sabar nak main n mandi laut. Zahra ku suruh ezal bawa dia main di gigi air.. Mak n makcik aku plak jenjalan.. hehe pastu mcm biasa laa mak aku ni jenis ramah tamah hehe disoal org pasal naik bot , jet ski , island hoping seme tu.. biasalah mak aku.. hehe fhm benar dh . : )

Tengok tu seronok sungguh kan imran, aku n kak eley dok lepak jer memerhati diorang seme. Zahraa pun habis basah suar dia terkene air laut. Si imran lagi laa x nak naik masih nak main n mandi laut lagi. Seronok btul tgk dedua si kecik tu main air. Abis mandi n posing-posing di pantai, hehhee posing2 tu biasa laa aku ngan kak eley laa .. kitorang p jalan -jalan pulak kat area kedai -kedai tepi jalan tu. Saja jejalan tgk barang -barang. Tgk decor kedai -kedai tu rasa mcam kat Bali pun ada.. hehe tp tau ke bali tu mcm mana? Pergi pun x pernah.. hahhaa..

Pulang dari Pantai Chenang, kitorang singgah di restoran "Kak Yah Kondo" untuk makan malam. Ala x jauh mana restoren ni depan Apartment Kondo Istana yang kitorang sewa jer. Time study dulu, aku ske sgt makan roti nan kat sini, sedap. Sini laa salah satu tempat lepak bebudak kolej dl. Oh ya lupa nak cerita, kitorang ada juga singgah jugak bekas Kolej Legenda yang pada satu masa dahulu tempat aku n kak eley menelaah untuk mendapatkan segulung diploma. Saja nak mengimbas kenangan zaman study dedulu. Sedih gak , kolej yang dl nampak segar n hidup jer kini alahai sedih laa.. bila tgk bangunan tutorial mcm x dijaga seme.. tempat lepak kitorang skang dh di tukar jadi gelanggang tennis.Lagipun Kolej Legenda sudah berpindah ke Mantin mesti prasarana untuk kolej ni lebih baik lg. What eva aku n kak eley sangat merindui zaman kolej di Kolej Legenda Langkawi.