Friday, June 06, 2008

Hari ni hari Jumaat..

Hurmmm... hari ni hari Jumaat... sepatutnya aku p kilang kat Nilai ari ni. tp disebabkan sakit perut n asik memerut jer so aku cancel la. Time lunch td sakan betul aku n kengkawan berborak. Yela, Kak az laa yg membuka cerita nak belajar silat laa. Silat cekak laa ,silat sendeng aar tp satu aar nak belajar silat ni kene laa sungguh-sungguh. Pastu bersambung plak mengenai kisah -kisah filem hantu seram dari Indon laa.. Yang tak tahan tu kak hana laa sibuk cerita "hantu penangkal telur" laa. Tapi mmg betul pun zaman aku sekolah rendah dl mmg byk cerita -cerita seram dari indon yang disiarkan kat TV tu. Contoh macam Sundal Bolong laaa, Dukun Lintah dan banyak lg laa.Memang takut laa bila tgk citer -citer tu seme.

Lepas bercerita pasal filem hantu ni masuk plak ke kisah judi. Korang seme sure kecik -kecik dulu beli tikam -tikam kat kedai tu kan. Ala yang beli jajan pastu dapat cincin laa apa laa hadiah yang kecik -kecik tu. Tu laa time tu mmg sakan laa beli bende -bende tu seme hanya untuk dptkan barang yg diinginkan..balik umah duit abis sure kene marah ngan mak n ayahnya. Hehehe kecik -kecik lg dh pandai berjudi kan. Tapi mmg betul zaman kanak-kanak, zaman yang paling menyeronokkan seme permainan bermusim kat kg aku tu. Kalo tgh musim layang-layang , tak kira laki ke pompuan seme main lelayang termasuklah aku. Pastu kalo musim gasing, haaa bergasing aar seme. Kalo musim memancing, memancing laa kat area jeram tu. Kalo tiba musim main baling selipar haa tu laa kat halaman rumah jiran laa kitorang main beramai-ramai. Pastu pegi mandi sungai ramai-ramai time musim durian. Bestnyer bila dikenang zaman kanak-kanak.

Macam -macam aar dl tp mmg menyeronokkan sebab aktiviti dilakukan ramai-ramai. Tak macam budak -budak sekarang ni diorang x merasa tu seme. Yelaa sekang dok rumah main ps2 layan internet tak pun layan astro tgk Geng Bas Sekolah laa n mcm -mcm lg program. Tu seme dulu mana ada. Lagipun mak bapak skang pun x bg sgt anak diorang kuar sgt yelaa byk sgt kes-kes penculikan sana sini. Bahaya tu.

Agaknya mcm mana pula zaman kanak-kanak untuk sikecik kesayanganku sorang ni yer? Ada ke se adventurous mama n baba dia? :)

No comments: