Meriah sungguh majlis perkahwinan dengan tema warna hijau. Cantik sungguh kawan aku sorang ni. Yelaa raja sehari kan mestilah cantik. Tapi yg best ramai gak kawan yang hadir di majlis tersebut antaranya ezma , limbok, johan , masrela, ida, julai, erni, tokpin, pidah talib, mat shah,ain dan hasemy. Tp sayang aku x sempat nak jumpa Ros, lama sungguh x jumpa dia. Dgr2 anak dah 3. Oh yaa maria x dapat hadir sebab hantar adik dia kat kelantan dan azrin plak x dapat balik sebab ada kelas.. hehehe sib baik aku sem ni xde kelas. Hurm... pas ni giliran sape plak yer menamatkan zaman bujang. Dalam list ada 3 orang, sape dulu x tau laa.
Berbalik kepada "3 Dara Pingitan" haa ni laa gelaran yg kitorang pegang kat kg tu..Macam mana bleh dpt gelaran ni ..hehhee..Yela selalu kitorang bertiga ni petang2 suka sgt melepak kat depan umah ezma tu dok berborak-borak kongsi cerita mengumpat pun ada kot sampai ke senja ..bila dah azan maghrib haa kelam kabut aar baru nak balik umah.. x elok sungguh kan anak dara macam tu.. tp itu dulu zaman anak dara laa.. Skang dah x dara dah, tp dah ada anak dara.. hehehe...Setelah memasing dh ada kerjaya n family ni.. nak jumpa pun susah bebenor.. nak jumpa dikyah tu lagilah ..bz ngalahkan PM padahal dok kat kg tu jer.. tp sekali sekala berjumpa tu sakan laa borak. Cuma bila aku n ezma dah kawin dan memasing dah ada anak masa untuk berjumpa tu terhad. Selalu kitorang berkumpul bila time raya je laa..
1 comment:
Nasib baik la ezma tu diri setangga bwh skit dr dekyah.. kalo tk.. sian la pegntin nmpk mcm kena cantas je nti... wakakakakaka...
Post a Comment