Ouchhh.. lama sungguh tak update blog ni... ntah la bz sgt2 agaknya.. Finally pd 14hb sept 08, dapat gak kitorang berkumpul untuk berbuka puasa sesama.. tempat yang dipersetujui ialah INTEKMA RESORT.. lokasi dipilih setelah mempertimbangkan beberapa berkara iaitu dr segi kelapangan VVIP ,budget dan kesulitan Datin Sri Eley utk p tempat yg lebih jauh disebabkan Dato Seri Che Amad baru saja tiba dr Kemaman ptg ahad tu.
VVIP yang sudi menghadirkan diri pada petang itu ialah Tan Sri Ejam & Pn Sri Engku Azam serta baby danish, Dato Seri Che Amad & Datin Sri Eley serta che man, Dato Seri Budin & Datin Seri Pau dan juga Dato Eyzall & Datin Emi serta baby Zahraa.. VVIP yang tidak dapat menghadirkan diri pula pasangan ahli korporat yang berjaya iaitu Tan Sri Hafiz & Pn Sri Hayu kerana terikat dengan komitmen lain.. hehe.. jgn mare yer kengkawan, emi bg seme title.. hehee..
Opps lupa plak.. lg 5 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. di kesempatan ini saya serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Serta Maaf Zahir Dan Batin kepada rakan-rakan semua tidak kira di mana jua anda berada.. semoga ramadan serta syawal membawa rahmat kepada kita semua..SALAM..